SLIDE PERCUMA BIJAK WANG DI TV3 : DOWNLOAD SEKARANG

RANCANG PERBELANJAAN DENGAN MENONTON
BIJAK WANG DI TV3!

Kemahiran mengurus kewangan peribadi harus ada pada setiap pengguna. Pengguna yang bijak dan peka terhadap perbelanjaan seharian akan mendapat manafaatnya, apatah lagi semasa kegawatan ekonomi yang sedang kita alami sekarang.

Menyedari hakikat ini dan atas dasar tanggungjawab kepada penonton, TV3 mengorak langkah dengan menerbitkan program bual bicara, Bijak Wang yang membincangkan topik-topik berkaitan pengurusan kewangan peribadi. Ia sebagai platform untuk mendidik pengguna dan menambah ilmu pengetahuan mereka mengenai kewangan selain meningkatkan kesedaran kuasa pengguna.

Nurin Mastura

Bijak Wang yang mendapat tajaan dari Maybank Berhad mula menemui penonton pada 23 Mei 2009, setiap Sabtu jam 7.00 malam. Program yang disiarkan secara langsung dari Studio B, Sri Pentas Bandar Utama diterbitkan oleh Primeworks Studios.

Program berinformatif ini dikendalikan oleh Nurin Mastura bersama personaliti yang berpengalaman di dalam bidang kewangan iaitu Azizi Ali, penulis buku ‘Millionaires are from a Different Planet’ yang juga merupakan seorang Perunding Kewangan bertauliah.

Antara topik-topik yang dibincangkan semasa siaran langsung Bijak Wang ke udarakan ialah mengenai wang simpanan, faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah/kereta/hartanah, menguruskan perbelanjaan bulanan, pengurusan hutang dan pelaburan. Para penonton juga berkesempatan mendapatkan informasi dengan membuat panggilan ke studio

ketika siaran langsung disiarkan untuk mendapatkan tips dan nasihat pengurusan kewangan. Tetamu undangan bertauliah turut dijemput ke studio berdasarkan topik-topik perbincangan yang diutarakan setiap minggu.

Menurut penerbit Bijak Wang, Norlizah Yusoff, “Idea untuk menerbitkan program bual bicara berbentuk kewangan ini tercetus selaras dengan keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan. Bijak Wang memberi tips dan informasi berguna kepada pengguna terutama mereka yang tidak mempunyai masa lapang untuk mendapatkan khidmat ini di bank-bank. Melalui Bijak Wang ia dapat menjawab pertanyaan pengguna menerusi panggilan telefon siaran langsung ke studio selain daripada penerangan yang diberikan oleh pengacara dan tetamu jemputan mengenai pelbagai topik yang dibicarakan setiap minggu. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai pengantara memudahkan lagi pengguna untuk mendapatkan pemahaman terutama sekali kepada penduduk luar bandar.”

Sidang produksi yang menjayakan Bijak Wang ialah Mazlin Nordin selaku Penerbit Eksekutif, Norlizah Yusoff, Penerbit, Nuraffenda Mohd Ibrahim, Penolong Penerbit/Wartawan dan Azli Aziz, Pembantu Penerbitan.

Mengenai Pengacara Bijak Wang


Nurin Mastura memulakan kariernya dengan TV3 sejak Disember 1999 sebagai Wartawan Penyiaran dan Pembaca Berita Bahasa Malaysia (menerusi Buletin Utama) dan Bahasa Inggeris (dalam Nightline). Sebagai wartawan, beliau pernah mengendalikan liputan siaran lansung dari APEC 2000, Brunei Darussalam di samping dikenali sebagai wartawan isu ketenteraan dan pertahanan. Pada tahun 2001, Nurin diberi peluang mengacara Malaysia Hari Ini, rancangan bual bicara pagi yang membincangkan pelbagai topik meliputi isu politik, sosial dan kebudayaan.

Nurin berjaya memperoleh Ijazah Sarjana (Strategi dan Diplomasi) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2004 dan kembali ke TV3 pada Julai 2008 sebagai penyelidik dan penulis skrip dokumentari TV3 tajaan MTDC bertajuk ‘Winners’. Nurin juga adalah satu-satunya pengacara wanita yang diberi kepercayaan mempengerusikan rancangan ‘Hujah’ pada Febuari 2009, sebuah forum terkemuka temubual politik tanahair di TV9. Selaras dengan cita-cita beliau untuk terus menimba ilmu dalam industri media, Nurin kini bertugas sebagai Penganalisa Penyelidikan dengan Research TV Network, Jabatan Penyelidikan Media Prima yang memantau prestasi kesemua program dan stesyen milik Media Prima di samping mengacarakan ‘Bijak Wang’.

Azizi Ali adalah perunding kewangan terkenal menerusi bukunya “Jutawan Dari Planet Jupiter!”, “Pesara Jutawan” dan “Pelita Jutawan”. Beliau sering mengendalikan bengkel pengurusan kewangan di pelbagai institusi terkemuka seperti Securities Commission, Petronas, EPF, PNB Investment Institute, Prudential Assurance, Public Mutual, Takaful Nasional, Malaysia Airlines, HLA Assurance, Am Assurance, LIAM, MIEA, FIABCI, ISM, UTM, UIA dan di beberapa negara di rantau Asia seperti Brunei, Singapura dan Thailand. Hasil penulisan beliau juga dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan seperti New Straits Times dan The Star. Azizi juga menjadi kolumnis bulanan untuk Malaysian Business, dan artikel beliau seringkali dipetik dalam majalah Personal Money dan Smart Investor. Azizi mempunyai kelayakan Chartered Financial Consultant (ChFC) dan mempunyai Sarjana MBA dari University of Bath, United Kingdom.


Anda pasti pernah menyaksikan rancangan pendidikan kewangan yang sedang hangat disiarkan di TV3 pada setiap Sabtu jam 7.00 malam. Program ini membincangkan tip-tip dan teknik pengurusan kewangan dan hutang. Dapatkan slide perbincangan mengikut topik di sini :


  1. BIJAK WANG : TOPIK 1
  2. BIJAK WANG : TOPIK 2
  3. BIJAK WANG : TOPIK 3
  4. BIJAK WANG : TOPIK 4
  5. BIJAK WANG : TOPIK 5

Panduan Kepada Pembeli Rumah




Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah

Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
• Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa

• Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa


Kenal Pasti Jenis Rumah

Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property)
seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk
bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti
kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.
Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada
pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk
nombor lesen, permit dan sebagainya.

Status Tanah

Pastikan status tanah sama ada:-
• Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.
• Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.
• Rezab Melayu.
* Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat
Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.

DAPATKAN BUKU PANDUAN BELI RUMAH DI SINI
KLIK SINI UTK LIHAT PANDUAN MENARIK




I’ve
developed a habit to look into my financial statement at least once a month. It reveals that the expenses area keep inflating, year after year. And it makes me wonder how much we are going to spend in our lifetime?

Let’s estimate what the total amount is going to be.

Life is basically divided into four major phases:
1. Childhood (age 0-23)
2. Young Adulthood (age 24-40)
3. Midlife (age 41-60)
4. Elderhood (age 61-??)


To simply estimate how much money we spend, we shall just use the current value of money. In other words, we won’t look at the effect of inflation. Technically, inflation can be offset with the rate of return. Let’s just look at the amount of money in the current economic value. All the number shown is only an estimation based on a medium income family.

Childhood (age 0-24)

During your childhood, you spent your parents’ money. They pay for your milk powder, your toys and the biggest expense of all – your education fees.

Living expenses: RM10,000/yr x 23 = RM230,000
Education fees: RM50,000
Total: RM280,000

Young Adulthood (age 24-40)

You started making money after graduation. You bought at least a car and a house. You are not only paying for your own living expenses. You also give allowances to your children, and your parents.

Living expenses: RM20,000/yr x 16 = RM320,000
Car: RM50,000
House: RM200,000
Total: RM570,000

Midlife (age 41-60)

After years of working experience and networking, your income will be more solid at midlife phase. Most people have a few children still studying in schools and colleges. You might buy a bigger house and a bigger car. The standard of living also increases to include hobby and travelling.

Living expenses: RM30,000/year x 20 = RM600,000
Car: RM150,000
House: RM500,000
Total: RM1.25 million

Elderhood (age 61-80)

At old age, you may spend most of your money on medical fees, nursing care and also some travelling if you are still fit enough to do so.

Living expenses: RM10,000/year x 20 = RM200,000
Medical expenses: RM15,000/year x 20 = RM300,000
Total: RM500,000

Total Lifetime Expenses

So, the total estimation is about RM2.6 million!
If you are earning RM50,000 annually, it will take you 52 years to earn RM2.6 million.

How much do you estimate you will spend in your whole life?


Kclau.com

Money Pros & Cons, What do You Choose?



Money is good and it can be bad as well depending on how you see it. Money is good because it can afford you a desired lifestyle and help fund each of your life’s goals like getting married and have a family, buying a big house or travelling around the world.

There is no doubt that money has more pros than cons. The bad things associated with money are normally due to men’s greed and misused of it.

Money is bad when for example you have to work hard and spend most of your hours slaving to earn that money. There are people who likes working and are self-professed workaholics. It is a matter of choice here. Others have no choice but to toil hard to earn a living.

What’s your choice?

The question is, given the choice, would you want to work hard and earn lots of money to afford a high-flying lifestyle or kick back a bit and just have enough to enjoy a moderate lifestyle?

Different people will choose differently depending on one’s personal desires or expectations. Your priorities will also dictate the choice that you will make.

I used to wonder why a person, a husband or wife, can choose to work away from home travelling often due to work demands. The immediate impression is of a person who puts work, career and money ahead of the family. I do not make judgments now as I realize that my values and priorities are different from others. I prefer to be able to stay at home and not stray far from the family. I work at a job that does not demand that I travel around. My priorities are having a happy family life and good health, first and foremost.

Fortunately, my spouse has the same viewpoint about work and money. We have enough money to cover for life’s necessities and future funding (by our standards) and at the same time we do not work ourselves to death over money. Of course, we do not get to live a luxurious lifestyle like going on expensive holidays and traveling to exotic places but we do get to enjoy family life together which is our top priority.

So, what is your priority?



www.kclau.com



Mengapa Memilih S.O.H.O

Pelaburan Berstruktur

Pelaburan berstruktur adalah sejenis pelaburan yang boleh memberi pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan cara pelaburan lain, seperti deposit tetap. Walaupun jenis pelaburan ini menjanjikan pulangan lebih tinggi, ia juga mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Pelaburan berstruktur lazimnya dikaitkan dengan prestasi pelbagai aset asas, seperti kadar faedah, kadar tukaran asing, ekuiti, instrumen pendapatan tetap atau indeks pasaran.

CIRI-CIRI UTAMA PELABURAN BERSTRUKTUR

Pelaburan Tempoh Tetap
Pelaburan sebegini mempunyai tempoh matang bergantung kepada ciri-ciri produk tersebut. Jika ditebus sebelum matang, pelaburan anda mungkin kehilangan sebahagian daripada pulangan dan/atau prinsipal
Wang Pokok Dilindungi atau Tidak Dilindungi
Tahap risiko pelaburan berstruktur berbentuk wang pokok tidak dilindungi adalah lebih tinggi berbanding dengan pelaburan berstruktur berbentuk wang pokok dilindungi. Tiada jaminan jumlah wang yang akan anda terima daripada pelaburan berstruktur berbentuk wang pokok tidak dilindungi walaupun disimpan sehingga matang.


PULANGAN PELABURAN BERSTRUKTUR

Pulangan pelaburan berstruktur berbeza-beza, lazimnya tidak terjamin dan bergantung kepada prestasi aset asas sepanjang tempoh pelaburan. Anda boleh mengalami kerugian jika prestasi aset asas berbeza daripada apa yang anda jangkakan. Pulangan sesetengah pelaburan berstruktur juga boleh terjejas berikutan pergerakan dalam tukaran asing.

Pelaburan berstruktur berbentuk wang pokok tidak dilindungi lazimnya memberikan pulangan lebih tinggi berbanding pelaburan berstruktur berbentuk wang pokok dilindungi. Ini adalah kerana risiko yang terlibat adalah lebih tinggi.

Pelaburan berstruktur boleh digunakan untuk memperoleh pendapatan atau meningkatkan pelaburan. Walau bagaimanapun, seperti pelaburan lain, masih terdapat risiko yang terlibat. Sebagai pelabur yang bijak, sekiranya anda mahu melabur dalam pelaburan berisiko tinggi seperti pelaburan berstruktur, anda mestilah mempunyai portfolio aset yang berisiko rendah seperti deposit tetap.


PELABURAN DUA MATA WANG

Pelaburan dua-matawang adalah sejenis pelaburan berstruktur yang mendedahkan anda kepada risiko tukaran asing. Pelaburan anda akan dibuat dalam satu mata wang ('mata wang asas').

Pada tempoh matang, anda akan dibayar sama ada dalam mata wang asas atau mata wang lain ('mata wang alternatif'). Sebagai pelabur, anda boleh memilih kedua-dua 'mata wang asas' dan 'mata wang alternatif'.

Walau bagaimanapun, anda harus ingat bahawa sekiranya institusi perbankan membayar kepada anda dalam 'mata wang alternatif', anda mungkin mengalami kerugian terhadap wang pokok anda setelah ditukar kembali kepada matawang asas sekiranya kadar tukaran matawang tidak berada pada tahap yang anda jangkakan.

Bankinfo.com.my

KLIKDUIT




Panduan Membeli-Belah Secara Online